31 March 2011

Kami tak buat salah!





Haaaa!! Apabila mereka diganggu dari melepak, mereka mula berasa cemas dan berlalu pergi. Walau ada yang buat tidak tahu tapi dalam hati siapa yang tahu! Kami tak suka diganggu juga jadi mengapa masih tidak paham-paham?

Kejar-kejar Manja!





Salah seorang penghuni telah merekodkan salah sebuah motor yang sedang ke arah Tasik Ambangan Height. Saksikan gelagat mereka ini.

28 March 2011

Senyum..Anda di Internet!
















Ada lesen ke mereka ni? Ingat ini tempat belajar memandu ke? Inilah bila otak letak kat lutut. Kalau anak-anak kurang ajar apa pulak ibu bapa?Terlebih ajar kut! Maklumla sekarang nih semua orang sibuk dengan kes seks Anuar Al- Juburi maka ibu bapa tak terluang masa untuk melihat ke mana anak mereka pergi. Ada di antara mereka membawa secara merbahaya..tapi tak pe.. kalau kemalangan sudah pasti bukan salah anak mereka!




27 March 2011

Saya ponteng sekolah , Cikgu!





Inilah adegan yang dirakam oleh penghuni Tasik Ambangan Height. Ponteng sekolah adalah perkara biasa bagi mereka. Bukan sekali dua penghuni di sini terserempak atau mengadu tentang perkara ini. Tapi tiada pihak yang berkenaan mengambil berat atau kisah mengenai perkara ini. Mereka gemar melepak dan memekak di hadapan tasik mungkin kerana bayu pagi yang nyaman dan kicauan burung yang mengasyikkan. Mereka lupa yang mereka berapa di hadapan rumah orang bukannya tasik awam!


26 March 2011

Fuhh Lega!


Inilah aksi yang dirakam pagi tadi. Beberapa mat-mat motor melepak di hadapan sebuah rumah di Tasik Ambangan Height. Salah seorang dari mereka tanpa segan silu menunaikan 'hajatnya' bersebelahan tiang lampu tidak jauh dari tempak mereka melepak. Apakah mereka tidak sedar ada penghuni yang dapat melihat perbuatan mereka? Apa pun disebabkan tasik tersebut tiada tandas awam, pokok-pokok dan belukar yang jadi mangsa 'air panas' mereka..kini tiang lampu pun dijadikan mangsa untuk melepaskan kelegaan...

Tak tahan!





Jam 6.45 petang di hadapan Tasik Ambangan Height

Masalah ini bukan perkara baru tapi semakin menjadi-jadi. Inilah masalah sosial yang berlaku dan perlu dibendung dari awal. Budaya melepak ini tidak menjadi masalah jika ia tidak membabit orang lain. Mereka ini membawa motor dengan keadaan yang merbahaya serta mengganggu penghuni sekeliling dengan bunyi dan asap motor. Ada di antara mereka yang bawah umur dengan berani membawa motor beserta penunggang dan melepak bersama-sama rakan yang lain. Apabila di tanya mengapa berada di hadapan rumah penghuni di sekitar tasik Ambangan Height ini, dijawab mereka tidak melakukan kesalahan. Tetapi apabila mereka berkumpul ramai sehingga 7-15 orang, bersembang dengan nada yang tinggi sehingga menganggu penghuni-penghuni di sekitar tasik ini, mereka lupa ini bukan dihadapan rumah mereka. Kami penguhuni di sini merasakan takut juga curiga dengan apa yang mereka lakukan di hadapan rumah kami sendiri. Adakah mereka berani melakukan perkara sebegini di rumah mereka sendiri? Sudah tentu tidak.

Ibu bapa di harap beri perhatian apabila anak anda keluar rumah, tahu kemana anak anda ingin tuju. Jangan terlalu sibuk dengan hal sendiri sehingga lupa anak-anak berada di dalam keadaan merbahaya.

Tengoklah sendiri!



25 March 2011

Mari belajar merokok!








Ha tengok tajuk pun tahu kan..senang saja pelajaran ni...budak2 sekolah tak pergi sekolah pun tahu macam mana nak merokok cara yang terbaik...tahu la mereka datang nih nak merokok dengan kengkawan tapi sampai sembunyi dalam baju..mencurigakan...susah nak nyalankan rokok sebab angin tasik ke? ...eh pelik ni!

Malam Mendung

Apalah bebudak ini buat dalam gelap malam-malam ni...tahulah baru jam 9 mlm....malam masih muda..tapi orang yang di dalam rumah nak la juga rasa berehat dengan tenang ..ini tidak duduk melepak depan rumah orang..lalu lalang dengan motor cabuk je tapi tekan minyak macam naik harley davidson kut... malam ni tak la seramai selalu...tak sedap hati apa la yang mereka buat di dalam gelap..tengokla video di bawah..mana tahu kawan2 ke...sedara ke tak pun anak sendiri!

18 March 2011

Kalau tak mau sembahyang Jumaat..



Ini lah kejadian yang kami saksikan berkali2 bila tiba hari Jumaat..kalau budak2 ni tak mau pergi sembahyang Jumaat, janganlah melepak depan rumah orang..Tahu lah ada tasik depan tuh tapi depan rumah orang...dah la tu tak malu memekak terlolong macam orang kena rasuk!! hisap rokok, menyanyi dan membuat bising...ramai juga lah mat2 dan minah2 motor yang datang ke tasik ambangan height ni..nak kata tasik awam..berdepan dengan rumah orang... apa kata orang keliling bila kami bertanya tentang budak2 motor ini.."DAH BIASA!!"....

Tapi di mana mak bapak mereka ini? Adakah mereka tahu yang anak mereka begini? Inilah negeri kerajaan Islam...

Bising...







Tak pe nak buat bising dan buang asap motor depan rumah orang...kalau kat rumah sendiri takut mak ayah marah....di atas jalan raya dialah raja...sikit pun tak takut..

apa kes minah2 motor ni makin menjadi...ada ke lesen ni?? kalau "L" mana leh bawak penumpang kan?eh..lesen "P" pun tak de...jadi??




17 March 2011

Couple oh Couple!





Banyak perkara yang menarik yang berlaku di hadapan rumah kami..bukan sekadar mat2 rempitz jr. malahan makin ramai couple yang berani meluahkan perasaan cinta mereka di depan tasik ini...rasa macam dunia ini mereka yang punya kan?

Cinta itu Indah!




Saat2 manis ketika bersama di depan tasik Ambangan Height...

Orang2 Pas kat Sg. Petani sibuk sangat menjaga hal negeri lain sehingga kawasan sendiri pun tak terjaga.


16 March 2011

Lihat jika ini anak anda!




Inilah yang dilakukan oleh budak2 melayu zaman sekarang...kecik2 dah belajar merempit dan memekak depan rumah orang. kenapa polis benarkan pekara ini berlaku sedangkan budak2 ini tak ada lesen dan memandu secara merbahaya. gambar ini diambil dihadapan tasik kawasan perumahan bukan tasik awam. tak sedar diri merempit di hadapan rumah orang bagaikan merekalah Dewa Jalanan!