21 April 2011

Ambangan Height..Rumah ku, Syurga ku... ?


Jika anda ingin membeli rumah di kawasan Ambangan Height, sila baca lebih lanjut. Ini hanya peringatan terutama kepada pembeli 'dara' (pembeli rumah pertama kali) kerana apa yang bakal saya nayatakan adalah berkaitan dengan rumah yang akan anda beli (terutama sebagai pelaburan di masa hadapan). Ambangan Height adalah syarikat di bawah SPK Homes yang membina 'kampung taman perumahan' di Bandar Amanjaya. Sila lawat ke lamat web ini jika inginkan maklumat lebih lanjut tentang Ambangan Height.

Sebelum membeli rumah, apakah perkara yang perlu dipertimbangkan? Selalunya pembeli akan menimbangan pembelian melalui harga rumah, lokasi dan rekabentuk . Rumah yang dibina oleh SPK Homes boleh dikategorikan sebagai mampu dibeli oleh semua peringkat kerana pelbagai pilihan harga termasuk rumah kos rendah.

Ramai yang berimpian ingin memiliki rumah yang dapat memberi keselesaan dan keselamatan dalam jangka masa yang panjang. "Rumah ku, Syurga ku"...Untuk mencapai matlamat ini, adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai pembeli menilai dengan lebih mendalam jika ingin memulakan hidup di kawasan Ambangan Height ini. Saya ingin tekankan yang saya akan katakan bukan untuk memburuk syarikat SPK Homes, tapi penilaian peribadi saya sebagai salah seorang penghuni yang mendiami di salah sebuah rumah di kawasan Ambangan Height.

3 perkara utama:

  1. 'Kampung taman perumahan': Mengapa saya mengatakan sebegini? Ini kerana SAMPAH! 5 huruf tetapi akan membuatkan anda runsing, jelik, marah dan pelbagai rasa perasaan . Sistem pengakutan sampah di sini tidak sistematik, di mana tong sampah besar diletakkan berhampiran dengan rumah (mungkin rumah yang bakal anda beli) dan diangkut 2 kali seminggu. Sebelum berpindah di sini, saya tinggal di kawasan di mana sampah diambil dari rumah ke rumah. Jadi pada mulanya saya berasa pelik mengapa orang membuang sampah dengan meletakkan plastik sampah di atas kereta, diusung sehingga ke tong sampah walaupun 5 meter dari rumah. Ada di antara mereka akan hanya membiarkan sampah itu jatuh ke tepi tong sampah dan ada juga yang sampah terburai isinya tapi tidak dipedulikan oleh si 'pembuangnya'. Bukan bahan buangan domestik sahaja yang ada di tong sampah, pelbagai jenis dari tv ke peti sejuk, rumput , dahan pokok, boleh dikatakan semua jenis sampahlah disumbat ke dalam tong sampah itu. Apa yang anda akan lakukan jika tong sampah itu terletak di hadapan rumah anda? Bayangkan baunya? Ada yang mebakar sampah sarap tersebut! Api menjulang tinggi dan asap memenuhi taman perumahan. Apakah yang mereka fikirkan? Setelah beberapa aduan di buat, pihak pembangun hanya menukar tong baru. 2-3 hari kemudian, sampah masih lagi merata-rata! Saya merasakan ini bukan cara penyelesaiannya! Mengapa pihak pembangun dan Majlis Perbandaran Sg. Petani tidak duduk semeja berbincang masalah ini. Sepatutnya sampah perlu diambil dari rumah ke rumah bukanya selonggok besar yang akan menimbulkan masalah jangka masa panjang. Seperti kita tahu, PAS memerintah kerajaan Kedah dan sebagai kawasan majoriti melayu Islam sudah pastilah kita sepatutnya menitik beratkan kebersihan bukan?? Satu hari saya melihat seorang remaja menunggang motor dengan ibunya (tanpa helmet), kedua-duanya bertudung, sambil selekoh anaknya membuka bungkusan coklat dan membuangnya tanpa segan silu. Saya terkedu!!... Jikalau 7 tahun saya boleh terima, tetapi bukan 15-16 tahun! Mereka ini pewaris di masa hadapan . Apakah ini sikap majoriti penduduk di sini?? Rumah sendiri bersih tapi tidak kisah mengotorkan tempat lain? Sikap orang di sini bercampur pulak dengan sistem yang tidak sistemetik, maka terjadilah masalah sampah yang semakin menjadi-jadi! Masalah sampah ini bukan sahaja di Sg. Petani tetapi keseluruhan negeri Kedah.
  2. Mat motor. Budak remaja antara 13-18 tahun mambawa motor dengan keadaan merbahaya (merempit) dan melepak di kawasan berhampiran rumah. Mereka tertumpu di taman mainan, jalan rumah yang lengang dan kawasan tasik ambangan height (bukan tasik awam). Mereka akan berkumpul di antara 10-30 orang terutama pada hari Jumaat - Ahad dari jam 5 petang sehingga larut malam. Budak-budak remaja ini berkemungkinan datang dari keluarga yang tidak memberi perhatian, maka mereka menagih perhatian dari orang lain dengan merempit dan membuat bising di kawasan sekitar ambangan height. Sebilangan besar datang dari taman perumahan atau kampung berdekatan. Pelbagai aduan kepada pihak polis dan pihak pembangun, namun masalah ini dibiarkan tanpa penyelesaian. Mengapa sikap sambil lewa dari pihak terbabit tentang masalah ini? Memang mereka ini masih budak-budak remaja, tetapi bila tiada undang-undang yang diambil maka budak-budak ini tidak takut untuk melakukan perkara yang lain pula. Mula- mula merempit..lama-lama mencuri pulak! Bukan menunding jari tetapi itu lah yang berlaku sekarang. Jika pihak polis tahu kawasan Ambangan Height ini pusat remaja melepak, mengapa mereka tidak meronda di semua kawasan 'gelap' yang ada di sini dan pihak pembangun harus bekerja sama mencari jalan perlu membuat rondaan pada waktu 'sibuk' agar mencegah perkara yang tidak diingini berlaku. Adakah perlu berlaku kematian baru perkara ini diambil berat?
  3. Keselamatan: Bukan sahaja gangguan mat-mat motor malahan masalah kecurian kadang kala berlaku di sini. Saya melihat rata-rata penduduk di sini akan memasang mangga untuk mengelakkan meter air dicuri. Jika itu sering berlaku, bagaimana pula dengan kecurian yang lain pula?
  4. Perkara lain-lain yang remeh temeh: Ramai pasangan kekasih mengambil kesempatan untuk melepaskan nafsu mereka di sekitar kawasan Tasik Ambangan Height. Saya memerhatikan ramai orang ke masjid untuk solat magrib mahu pun isyak, tapi apa salahnya balik dari masjid/surau, mereka singgah sebentar melihat gelagat pasangan muda mudi berdua-dua dalam keadaan yang mencurigakan. Saya tidak menegah orang ingin bercinta tetapi bukan di hadapan rumah orang. Cari hotel atau semak di kawasan perumahan lain! Selain itu ingin saya nyatakan kerisauan mengenai rumah setinggan yang dibina oleh buruh-buruh pembinaan (sepanjang anak sungai berhampiran perumahan ANGGUN - back2back bungalow ala semi D songsang) Apakah akan berlaku kepada rumah setinggan tersebut apabila projek di kawasan itu selesai? Semuanya akan dilonggokan atau buruh-buruh pendatang ini akan menetetap tetap di situ?

Saya menyarankan agar anda menimbangkan perkara ini sebelum membeli rumah di kawasan Ambangan Height ini. Ada banyak pilihan di sekitar Sg. Petani ini yang menawarkan pelbagai tawaran yang menarik. Jika anda memikir masa hadapan, pilihlah kawasan berpagar yang terdapat pegawal 24 jam. Bukan sahaja bagus untuk pelaburan masa hadapan juga keselamatan keluarga terjaga. Tetapi pastikan pengawal berada di pondok sepanjang masa, jika tidak..apa guna tinggal di kawasan berpagar! Saya cadangkan anda tinggal di homestay berhampiran rumah yang bakal anda beli supaya anda tahu kawasan itu dengan lebih mendalam.

Kesimpulannya: Tepuk dada tanyalah selera!







05 April 2011

Awek Bertudung!! Pheewiittt!!








Ish ish budak zaman sekarang sudah berani balik dari sekolah menaiki motor dengan kekasih dan 'bermanja-manja' di hadapan rumah orang. Yang menghairankan, bukan sekali dua kami terserempak dengan pasangan ini..cuma kali ini budak perempuan itu memakai tudung sekolah (hanya budak sekolah pakai tudung macam tu-siap ada badge) membuatkan kami terkezuttt yang dia masih lagi bawah umur. Lelaki yang bersamanya tidak diketahui pulak umurnya. Kami tiada masalah dengan pasangan yang ingin bercinta di kawasan perumahan ini, tetapi jaga la tatasusila dan hormat kawasan sekeliling. Ini tidak, gelak menghilai, bercubitan keterlaluan dan ada juga pasangan yang bergaduh membaling batu, ranting dan pelbagai terhadap pasangan mereka... SIAPA PERLU BERTANGGUNGJAWAB? Kami meletakkan mereka di Internet adalah sebagai contoh agar ibu bapa mengambil berat tentang anak-anak mereka. Jangan hanya tahu beranak dan membesarkan mereka tapi lupa untuk mengajar mereka bagaimana untuk hidup dengan lebih cemerlang.Maklumla..ini Sg. Petani..kawasan orang BULAN...tak kan perkara macam ni nak dilepas begitu sahaja! Hal-hal di kawasan mereka ..tak pernah nak amik peduli tapi hal 'kawasan yang bakal mengundi' (yang tak da kene mengena) ..itu yang sibuk dulu!


02 April 2011

Hi, Boleh Berkenalan?






Sambil-sambil melepak, mereka ini mengambil kesempatan untuk mengenali antara satu sama lain. Kalau di rumah mungkin ibubapa tak suka anak muda mereka bercinta dan jika di sekolah mungkin malu dengan cikgu-cikgu, maka mereka 'meronda-ronda' di kawasan tasik ini untuk berkenalan rapat dan beramah mesra dengan bakal pasangan mereka.

Sambil menyelam minum air,
Sambil bersiar-siar dapat bertemu mata air!



Selamat Datang April

Bulan baru diharap kebisingan mat-mat motor berkurangan hendaknya (impian yang mungkin tak akan tercapai)

Di sini pemenang bulan Mac untuk Video Terbaik.

31 March 2011

Kami tak buat salah!





Haaaa!! Apabila mereka diganggu dari melepak, mereka mula berasa cemas dan berlalu pergi. Walau ada yang buat tidak tahu tapi dalam hati siapa yang tahu! Kami tak suka diganggu juga jadi mengapa masih tidak paham-paham?

Kejar-kejar Manja!





Salah seorang penghuni telah merekodkan salah sebuah motor yang sedang ke arah Tasik Ambangan Height. Saksikan gelagat mereka ini.

28 March 2011

Senyum..Anda di Internet!
















Ada lesen ke mereka ni? Ingat ini tempat belajar memandu ke? Inilah bila otak letak kat lutut. Kalau anak-anak kurang ajar apa pulak ibu bapa?Terlebih ajar kut! Maklumla sekarang nih semua orang sibuk dengan kes seks Anuar Al- Juburi maka ibu bapa tak terluang masa untuk melihat ke mana anak mereka pergi. Ada di antara mereka membawa secara merbahaya..tapi tak pe.. kalau kemalangan sudah pasti bukan salah anak mereka!